Monday, 31 December 2012

10 Sifat Calon Suami Yang Baik


  • Kuat amalan agamanya. Menjaga solat fardhu, kerap berjemaah dan solat pada awal waktu. Auratnya juga sentiasa dipelihara dan memakai pakaian yang sopan. Sifat ini boleh dilihat terutama sewaktu bersukan.
  • Akhlaknya baik, iaitu seorang yang nampak tegas, tetapi sebenarnya seorang yang lembut dan mudah bertolak ansur.
  • Pertuturannya juga mesti sopan, melambangkan peribadi dan hatinya yang mulia.
  • Tegas mempertahankan maruahnya. Tidak berkunjung ke tempat-tempat yang boleh menjatuhkan kredibilitinya.
  • Amanah, tidak mengabaikan tugas yang diberikan dan tidak menyalahgunakan kuasa dan kedudukan.
  • Tidak boros, tetapi tidak kedekut. Tahu membelanjakan wang dengan bijaksana.
  • Menjaga mata dengan tidak melihat perempuan lain yang lalu lalang ketika sedang bercakap-cakap.
  • Pergaulan yang terbatas, tidak mengamalkan cara hidup bebas walaupun dia tahu dirinya mampu berbuat demikian.
  • Bertanggungjawab. Lihatlah dia dengan keluarga dan ibu bapanya.
  • Wajah yang tenang, tidak kira semasa bercakap atau membuat kerja atau masa kecemasan.
Suami soleh :)

Friday, 2 November 2012

Aku Pembantu Kedai?

Apa hal tajuk macam nie? Pembantu kedai? Sape? Kenapa? Haaaaaaaaaaa, nie adalah kisah aku sebagai pembantu kedai...

Bermula daripada 15 Oktober sehingga 31 Oktober 2012, aku keje kat sebuah kedai runcit a.k.a kedai borong. Nama kedai tue New Choo Huat (kot la)... Tauke dia cina so adatla kn keje dgn cina... Cuti raya kita (melayu & Islam) sehari aje... Keje kena efficient, cekap, tangkas & rajin (aku disukai bos)

Rutin aku : 1) sampai aje terus menyapu. 2) susun air dlm peti. 3) beli kopi utk tauke. 4) susun barang. 
5) kira stok barang

Paling memenatkan : bila stok sampai.. Aduhhhhh berkilo-kilo aku kena susun... Naik patah bahu, pinggang aku nie... Aku kena check, susun & simpan semua barang-barang tue....

Ada jugak yg pandang serong pada aku... Yela, graduan lepasan ijazah tapi keje kedai je. Dah la tue kedai runcit plak tue... Aku boleh cakap *janji aku tak susahkan korfang nk bg duit kat aku... *at least aku tak buang masa kat umah.... 

& akhirnya aku berhenti.. Knp? Sebab aku dapat offer lain & yg terbaiknya hari isnin nie aku terus kerja... Alhamdulillah... Berkat aku sabar & jadi pembantu kedai akhirnya ada hasilnya.. 

taken from google... Kedai tue bkn mcm nie pun... hehehe
*TQ mak ayah & adik2 kerana menyokong kaklong... & yang tak menyokong, boleh bla... U r not helping

Friday, 26 October 2012

The Meaning of Sacrifice




When ALLAH SWT commanded him to sacrifice his son as an act of obedience, Prophet Ibrahim a.s. submitted to ALLAH SWT's will & prepared to do as commanded, though with a heavy heart. His obedience was rewarded by ALLAH SWT, who stopped Prophet Ibrahim a.s. before any harm could come to his son Ismail (Prophet Ismail a.s.) providing him with a sheep to sacrifice instead. Hari Raya Aidiladha or Eid al-Adha, commemorates that sacrifice. It is celebrated by Muslims around the world in honour of the readiness of Prophet Ibrahim a.s. to do as ALLAH SWT willed of him. In Malaysia, it is celebrated on the 11th to 13th day of Zulhijjah.



environment at village

Thursday, 11 October 2012

Rahsia perangai anak :)


Assalamualaikum..... Hai teman-teman.... Apa post kali nie?? Saya nk share pasal perangai anak-anak.... Let's read together :) Betul tak betul tue kena muhasabah diri sendiri ye..
Anak Sulung
Anak sulung merupakan cahaya mata pertama di dalam keluarga dan menjadi tumpuan kasih sayang dan perhatian ibu bapa. sehinggalah kedatangan adik baru. Namun apabila mereka meningkat remaja, mereka lebih pandai membawa diri masing-masing dan sanggup berkorban demi demi adik-adik.

Ciri-ciri yang ada pada mereka ialah :
  • anak sulung dikaitkan dengan sikap pelindung, suka bertolak ansur, serta ego.
  • sering berjaya dalam hidup.
  • lebih pandai mengambil hati orang tua.
  • mempunyai nilai tanggung jawab yang tinggi.
Anak Tengah
Biasanya anak tengah lebih pelik sedikit dari anak-anak yang lain. Mereka lebih gemar berdikari dan membuat hal sendiri. ini kerana mereka adalah antara yang paling kurang ‘favourite’ di kalangan adik-beradik yang lain. Seringkali mereka juga teras terpinggir. Dalam banyak hal mereka merasakan diri mereka dipaksa untuk mengalah kepada si sulung atau si bongsu. Sebab itu di kalangan mereka juga kadangkala mudah dilanda tekanan. Oleh itu, anak tengah juga cuba untuk melakukan yang terbaik bagi diri mereka tanpa mengharapkan bantuan orang lain.
Ciri-ciri yang ada pada mereka ialah :
  • lebih berdikari berbanding dengan si sulung atau adik beradik yang lain.
  • lebih percaya dengan keyakinan sendiri.
  • suka mencuri perhatian dengan cara tersendiri.
  • sering merasakan diri mereka terpinggir.
  • terlalu mengalah
Anak Bongsu
Mendengar ungkapan anak bongsu saja cukup memadai untuk membuat tafsiran bagaimanakah sikap anak bongsu. Mereka sering digambarkan sebagai seorang yang manja dan besar kepala dan mahukan orang lain mengikut kehendak mereka sahaja. Mereka perlukan orang lain untuk melakukan apa saja dalam hidup. Sering dikatakan mereka kurang berjaya dalam hidup memandangkan sikap ketidakpercaya ibu bapa terhadap mereka. Biarpun mereka berjaya namun sikap ibu bapa sendiri membuatkan hidup mereka terbatas. Mungkin ibu bapa sentiasa berasakan anak bongsu memerlukan perlindungan mereka buat selama-lamanya.
Ciri-ciri yang ada pada mereka ialah :
  • happy go-lucky dan yakin diri.
  • manja.
  • berkeinginan dan bercita-cita tinggi.
  • sukar membuat keputusan sendiri.
Anak Tunggal
Dalam banyak kategori, ramai ingin menjadi anak tunggal. ramai yang beranggapan seronok menjadi anak tunggal memandangkan hanya mereka satu-satunya anak dalam keluarga. Mereka akan menjadi tempat sepenuh tumpuan, perhatian dan curahan kasih sayang ibu bapa. Mereka juga tiada persaingan dari adik-beradik yang lain. Dari sudut hubungan bersama ibu bapa, tidak dinafikan hubungan anak tunggal lebih kukuh dan erat. Mereka saling memerlukan antara satu sama lain, saling menyokong dan menggalakkan.
Ciri-ciri yang ada pada mereka ialah :
  • sering merasakan diri mereka kesunyian.
  • lebih berkeyakinan kerana sudah terbiasa segala yang dihajati tercapai.
  • lebih bijak bergaul.
  • lebih cepat matang.
  • terlalu rapat dengan ibu bapa walau usia makin meningkat.
  • sukar nak bertolak ansur dengan orang lain.
Adik ke-2 & adik bongsu saya

Monday, 8 October 2012

Adakah dia jodohku?

Apakah dia orangnya?




Itulah yg menjadi perbahasan utama kita. Perihal jodoh, watak yg akan menjadi someone special di hati kita selamanya. Dari dunia yg fana ini sehinggalah ke hari Akhirat kelak.

Saya percaya Allah Maha Baik, Dia sayang kpd kita & Dia tidak akan membiarkan umat-Nya bersendirian di muka bumi ini. Akan ada hati yg sedia menemani kita dikala kita kesunyian, membahagiakan kita & menghiburkan kita dikala kita ditimpa kesedihan. Ada yg sanggup menjadi bahu ketika kita gelisah, sedia menjadi raga ketika kita kelelahan. Ada jiwa yg sedia menjadi manusia sempurna & menyempurnakan setiap kelemahan kita. Saya percayakannya & saya yakin anda juga mempercayainya.



Allah menciptakan manusia berpasang-pasangan supaya muncul ketenangan, kesenangan, ketenteraman, kedamaian & kebahagiaan. Kerana itulah yg kita tercari-cari di dunia ini. Harta & kekayaan belum tentu dapat memberikan itu semmua. Semua itu akan terasa kurangnya tanpa pendamping disisi yg akan menjadi belahan jiwa kita.

Islam sgt memahami hakikat bahawa manusia tidak boleh bertahan dalam bersendirian. Dia memerlukan teman yg bisa menjadi suami @ isteri. Dialah manusia yg ditakdirkan untuk memiliki & dimiliki. Bersandar & disandari, saling sayang menyanyangi dan saling mencintai.
Beberapa hadis telah menguatkan pendapat bahawa Rasulullah S.A.W menganjurkan seseorang berkahwin & menghindari hidup membujang. 

"Wahai orang yang beriman, janganlah kamu haramkan apa-apa yang baik yang telah Allah halalkan bagi kamu, dan janganlah kamu melampaui batas. Sesungguhnya Allah tidak menyukai orang yang melampaui batas,"

Dalam ayat di atas, Allah melarang hamba-Nya mengharamkan apa yg sudah dihalalkan-Nya. Berkahwin adalah urusan yg halal. Seorang lelaki muslim boleh mengahwini wanita muslimah. Perbuatan mengharamkan yg halal itu adalah tidak dibenarkan sama sekali. Malah Rasulullah pernah menolak keinginan 'Usman bin Mazh'un utk membujang. Sa'ad bin Abi Waqas berkata, "Rasulullah memolak keinginan 'Usman bin Mazh'un untuk membujang. Sekiranya baginda membolehkannya tentu sahaja kami membujang." (HR Bukhari & Musllim)

Banyak hadis yg disebut mengenai hal perkahwinan. Islam bahkan melarang umat-Nya untuk hidup membujang. Tetapi mengapa sampai sekarang kita tetap ingin membujang?

  1. Ingin selalu bebas - Menurut mereka dgn menikah, hidup menjadi serba terkongkong. Dalam pemikirannya, berkahwin seolah-olah suatu perkara yg akan membuat hidupnya terbatas. 
  2. Ingin mengejar kerjaya - Mereka berharap boleh memenuhi keinginan hidup mereka dgn sejumlah prestasi. Dengan itu, kemuliaan hidup boleh berada dlm genggaman krn jawatan dapat diraih dgn mudah. 
  3. Trauma - Mungkin ada kisah yg tidak ingin diulangi. Mungkin ada perasaan yg ingin dibuang & dilupakan. Kisah yg mengguris hati. 
  4. Dendam - Dendam terhadap bekas kekasih yg pernah menyakiti hati mereka. Ini membuatkan mereka bertekad utk tidak berkahwin dgn mana-mana lelaki pun.
  5. Berasa belum mampu - Biasanya hal ini terjadi krn standard yg diingini selalu pada jumlah yang banyak & ideal. Besar dari segi jumlah utk sebuah rumahtangga yg bahagia.
Sampai disini sahajalah perkongsian kita utk kali ini. Insyaallah akan disambung lagi. Segala isi kandungan blog ini telah dicopy daripada buku "Ya Allah, Diakah Jodohku" karya Burhan Sodiq. Jika ingin lebih informasi, boleh dapatkan buku ini di pasaran. Hehehe :)

Semoga mendapat pasangan yang dapat memimpin sehingga ke syurga


Saturday, 6 October 2012

Tips Awal Sebelum Bertudung Labuh

1) Mulakan dengan memakai stokin kaki & sarung lengan. Biasakan memakai baju yang longgar dan melepasi punggung. Tukarkan penggunaan seluar jeans dengan seluar slack yang longgar.

2) Cari & sertailah kumpulan usrah yang benar. yakni yang diyakini agama naqibah (ketua usrah) nya serta hala tujunya selari dengan syariat. insyaAllah.

3) Perhebatkan langkah menyertai majlis-majlis ilmu seperti kuliah maghrib di Masjid, ceramah-ceramah oleh ustaz/ustazah untuk menambah input dalam diri. InsyaAllah, akan bertemu sahabat-sahabat baru yang baik di majlis-majlis tersebut.

4) Bersungguh-sungguh memperbaiki ibadah-ibadah asas seperti solat, puasa & sebagainya. Boleh rujuk ustaz/ustazah, sahabat2 yang diyakini agama, kitab-kitab fardu ain, ataupun mendengar ceramah-ceramah online (kalau boleh, semua ini seiring).

5) Perbanyakkan membaca al-Quran & mentadabbur (mengkaji) maknanya. Tidak ada gunanya pembacaan al-Quran tanpa memahami isinya. Milikilah tafsir mini sebagai teman karib. :)

6) Apabila hati sudah semakin kuat, yakni semakin sudah yakin dengan pilihan yang dibuat (untuk berhijrah lillahi taala) maka, perlahan-lahanlah mulakan langkah untuk memperbaiki penampilan. Mulalah memakai baju yang menutupi peha (mencecah lutut). Paling popular, T-shirt Muslimah. Namun, hati-hati, seeloknya pastikan ukurannya mencecah lutut kerana T-shirt yang tidak menutupi peha berpotensi untuk menampakkan bentuk peha jika dipakai dengan seluar.

7) Mulakan dengan memakai tudung bidang 50 (melepasi bahu). Pinkan secara lurus. Kalau dipinkan silang ke dada, kelihatan agak singkat. Kebiasaannya muslimah memilih untuk memakai Tudung Turki atau Tudung Mesir.

8) Setelah semakin selesa, mulalah memakai pula tudung Tudung Turki/Mesir/Bawal bidang 60. Tudung jenis ini kebiasaannya labuh mencecah siku & menutupi punggung. Sebenarnya, tudung jenis ini pun sudah memadai untuk menutupi aurat dengan sempurna. Namun, agak renyah sebab penggunaan pin.. ( kalau tudung jahit terus sarung je. lagi mudah kan? ) ^ ^

9) Dalam pada berusaha menjaga penampilan, langkah 1-6 masih dipraktikkan dengan istiqomah (berterusan). Iman ditingkatkan, ibadah diperhebatkan, akhlak dipermantapkan. insyaAllah.

10) Kemudian, setelah bersedia untuk memakai tudung labuh berjahit, bolehlah mulakan dengan berselang-seli dengan Tudung Turki/Mesir bidang 60 sebelum istiqomah dengan tudung labuh berjahit. Serta kurangkan pemakaian seluar serta mengantikannya dengan memakai kain. Memakai t-shirt muslimah dengan kain tidak ada salahnya. Bahkan lebih manis dipandang mata. :) .

♥ MOGA ALLAH REDHA ♥

~Thanks for the tips :)
(copy & paste from http://www.puspitakirana.com/2012/06/tips-awal-sebelum-bertudung-labuh.html)

Saturday, 12 May 2012

INGAT 5 SEBELUM 5

SIHAT SEBELUM SAKIT
MUDA SEBELUM TUA
KAYA SEBELUM MISKIN
LAPANG SEBELUM SEMPIT 
HIDUP SEBELUM MATI


Apa cerita disebalik 5 perkara diatas??? Banyak sangat la sbnr ye & kalu dihayati betul2 setiap patah perkataan tue & dikaitkan dgn hidup kita, Insyallah kita akan faham....

1) Sihat sebelum sakit : as human being, kita akan sentiasa merasai nikmat sihat sebelum sakit menziarahi kita.... apabila kita sakit, itu sebenarnya tanda bahawa ALLAH S.W.T itu sayang kepada hamba-Nya.... Jangan mengeluh dgn sakit yg tak seberapa..... Bila sakit, kita akan sentiasa kenang masa sihat kita & sentiasa la ingat ALLAH... Jangan jadi hamba yg sombong & bongkak.... Banyakkan berdoa & beribadat..... Bila kita sihat, bersyukurlah kepada-Nya kerana masih memanjangkn umur kita di dunia ini....

2) Muda sebelum tua : kitaran hidup manusia mahupun lain2 makhluk di dunia ini.... akan bermula daripada muda kepada tua.... masa muda adalah masa untuk mengatur masa depan supaya dimasa tua kita tidak akan pernah menyesal dgn masa muda kita..... Perbanyakkan ibadat kpd ALLAH drpd muda sehingga la tua.....

3) Kaya sebelum miskin : masa kaya jgn bongkak & alpa krn itu sume milik ALLAH.... Dia hanya meminjamkan shj kpd kita..... bila Dia tarik sume kekayaan kita & kita jatuh miskin, masa tue baru la nk menyesal.... Bila kita senang, jgn lupa org yg susah..... membantu meringankan beban org lain lagi baik drpd menambahkan bebanan mereka...

4) Lapang sebelum sempit : biasa ye manusia, bila lapang dia akan membuat sesuatu yg buang masa shj,.... & bila hilangnya masa lapang tue, barulah dia terhegeh2 nk balik masa lapang tue..... biasalah, manusia hanya insan biasa & perkara mcm nie biasa terjadi :)

5) Hidup sebelum mati : kitaran hidup manusia...... ALLAH telah menjanjikan mati utk setiap makhluk ciptaan-Nya yg bernyawa... cuma tidak diketahui tarikh & masa serta tempat shj...

* maafkan penulis jika isi kandungan salah & silalah betulkan jika sudi.... ini pendapat shj :)

Sunday, 29 April 2012

Buatmu Kekasih Hatiku


Sebagai insan biasa yg hanya merancang & menyerahkan takdir hidupku kpd Yang Maha Esa....Sebagai insan, aku merancang setiap langkah hidupku & mencoret setiap cerita hidupku supaya akan datang aku tidak akan tersasar lagi......Sebagai insan, aku cuma mampu berdoa & bertawakal setelah bergunung-gunung usaha telah aku curahkan.....Sebagai insan, aku tidak pernah lari dengan 1001 perasaan yg bercampur-baur......Bagaimanapun, aku tetap insan yg kerdil pada mata Penciptaku & aku mengangkat tangan kesyukuran agar urusan hidupku dipermudahkan.....

Kerna aku yakin dengan janji ALLAH S.W.T....."kunfayakun"..... Jika ALLAH kata jadi maka jadilah.... Ku pegang ayat ini sebagai penguat semangatku sekarang..... Aku hidup dalam ketakutan & kesedihan..... Peristiwa yang terjadi padaku ku jadikan pedoman & tidak akan lagi aku mudah percaya pada kaum ADAM.... Bukan kerana truma tapi keperitan yang aku tanggung hanya DIA yang tahu....

Wahai kekasih hatiku....Percayalah bahawa sehingga kini aku masih cuba untuk membina kepercayaan dalam diriku....Aku masih membina kenyakinan selepas keruntuhan kepercayaanku terhadap kaummu....1000 kepercayaan yang kau berikan kepadaku akan cuba aku hargainya.....Hati ini telah kukunci untuk insan lain....Walau sejuta halangan & beribu cubaan, kau tetap sabar & tabah berada disampingku....Tetapi hatiku yakin dengan hubungan yang kita bina selama ini....Telah ku fikir jauh tentang hubungan ini walaupun kekadang kau melarang....Tapi aku tetap percaya pada janji ALLAH & ketentuanNya padaku...

Ya Allah, aku memohon agar Kau berkati & restui hubungan kami...Wahai ibubapaku, kalian restuilah hubungan anak-anakmu ini...Duhai keksaih hatiku, terima kasih kerana menyanyangi diriku...

Friday, 27 April 2012

1001 manusia

Salam satu Malaysia.... Salam satu dunia.... Wah....besar sungguh salam ye nie.... I have 1 small question.... Apa perasaan korang kalu ada budak kecik @ orang tua dtg kat meja mkn korang jual tisu ke apa ke??? Well I xleh nk tlong jawab so tepuk dada tanye iman anda semua.... For me, as human memang rasa kesian sesgt la.... w/pun xtau dari mane diorg nie sbnr ye... bayangkan ada yg bertongkat dtg bwk tisu...ada bwk toys...ada bwk kerepek.... Yang nie xkesah sgt sbb ada benda yg blh kita as consumer nk beli.... Tapi yg datang tetiba mintak duit tue camne plak.... I ada story nk kongsi ngan u all.... masa tue ngah makan ngan budak2 umah kat Wong Solo... tetiba dtg budak kecik nie hulur2 tangan.... "kak,derma kak".... Aduh....luluh hati I tgk bdk tue.... nk bagi makan tapi diri sendri pun terbantu.... Kesian sgt... Tapi yg pelik ye dari celah mne bdk nie dtg??? Sape yg soh bdk sebesar 5 tahun nie mintak derma??? Kalu dtg ngan tabung ke blh la terima.... Nie ngan tangan kosong hulur2 plak tue.... Aduh.....

kesian makcik nie..... mengharapkan belas ihsan dari org ramai....

Ada plak yg mintak sedekah & bawak anak2 skali.... Kesian tgk budak2 kecik terbaring tepi jalan, atas jambatan.... Sememangnya kesusahan hidup yg memaksa ibubapa melakukan perkara sedemikian.... Penah I pegi KL & lalu la kat jejantas yg dekat Petaling Street tue.... Nampak la sorang ibu dgn anak-anak dia... Anak dia main2 kat jejantas tue pastu dia marah..... Tau pun riso anak jatuh... dah yg ko bior tue knp... Ikutkn ati nk ambk je bdk nie.... Bkn nk downgrade ke apa ke tapi bahaya.... Pegila tempat lain....

kesian melihat anak kecil yg berpanas & kelaparan......

Biasa ye kat Indonesia kita blh nmpk penyanyi2 jalanan yg mencari rezeki dgn cara menyanyi di jalan raya.... Nie cara diorg mencari rezeki & pada I better diorg keje mcm nie drpd mencuri, merompak, berjudi etc... W/pun pada mata kasar ye keje nie bahaya tapi bagi mereka niela kehidupan... Kalu xkeje, xde duit.... Satu family lapo nnt.... 

mencari rezeki

Kalu tgk kat pasar malam tue ramai sgt yg kurang upaya (OKU) yg ada.... Kesian ye I tgk.... Bersyukur kerana ALLAH S.W.T menjadikan I sempurna fikikal mcm nie.... Tapi yg I bangga ialah melihat sepasang suami isteri menyanyi smbil bermain alat musik.... W/pun OKU tapi mereka memiliki suara yg merdu & sedap didengar.... Ciptaan TUHAN..... 

Post nie sebenar ye dtg masa I kuar ke bandar pagi td... Melihatkn seorg pakcik buta berjalan dgn berhati2 dgn tongkat putih ye membuatkan I rasa bersyukur krn dilahirkan sempurna begini & kesian pada pakcik itu.... Tapi I tau w/pun dia buta mata tapi Insyaallah hatinya lagi celik dari org celik.... 

I penah memasang niat utk membuka sebuah rumah anak yatim & anak2 miskin kat kg... Drpd melihat mereka bergelimpangan kat jalanan baik diorg duduk dibawah jagaan yg betul & mendapat pendidikan yg baik.... Insyaallah dgn pendidikan itu diorg mampu utk mengubah nasib keluarga mereka.... Tapi org kata bila nk buat keje amal nie kena banyak berkorban.... Duit, masa, tenaga.... Insyaallah nie plan jangka masa panjang.... 

"Ya Allah...semoga penghujung nasib ku tidak seperti mereka krn aku tidak sanggup melihat ahli keluarga ku & bakal anak2 hidup merana....."

Monday, 23 April 2012

Pelukan Cinta

Salam.... Dah lama sebenar ye xabaca novel romantik2 nie... Asyik layan novel seram + thriller aje.... hahaha..... Satu malam tue pegi la tanye uncle google kot2 ada novel2 baru... Keluarla 4 5 novel yg best giler.... & saya pasang nekad & niat utk mendapatkan salah satu daripada 4 5 novel tue....

Pada 16 April bersamaan hari Isnin, saya keluar jalan2 ngan Hidayati (ida) & En. F.... Bila masuk je kedai buku terus cari novel2 tue.... Jumpa la 3 daripada sume novel tue.... Tengok bajet cukupla beli satu aje... Pastu saya pun dok bodek2 la En. F kot2 dapat extra satu lagi.... Tapi akhirnya dia belikanla satu (macam terpaksa).... Apa tajuk ye???


TQ Mr. F

Novel nie mengisahkan mengenai sepasang kekasih yg setia & jujur dgn hubungan diorg (Armand Danial & Zulaika Husna).... Walaupun dah mcm2 yg diorg hadapi tapi diorg tetap percaya dgn jodoh & kehendak ALLAH S.W.T.... Setelah mcm2 godaan & cabaran yg diorg tempuhi akhirnya diorg hidup bahagia bersama.... Pada mereka, sekali jatuh cinta biarla selama2nya..... Keikhlasan, kejujuran & kesetiaan mereka berbaloi apabila akhirnya kebahagian milik mereka berdua.... 



Jika cinta tidak kesampaian,
akan ku usung jiwa pasrah hingga ke akhir perjalanan.
Jika jodoh kita ada,
akan ku junjung cinta kita hingga ke akhir kehidupan.




Memang best sgt novel nie... Xmenyesal la pilih novel nie... Harap saya boleh menjadi wanita setabah & sekuat Zulaika Husna.... TQ En. F sbb belikan novel nie.... Nanti beli lagi ek.... Hehehe.... 

Saturday, 14 April 2012

Mak, Ayah...Nak Kahwin!!!

Hai kawan-kawan..... Sekarang kecoh dgn isu kahwin muda.... Malahan, mak saya pun macam mengizinkan anaknya kawin.... Tapi xboleh la mak ooiiiii.... Calon kena blaja lagi.... Hehehe.... Kalu dulu mak mmg xbagi anak dia kawin awal... sekrg dah lain.... Mungkin dia nk cucu... Kah3..... (malu saya)



Kenapa agaknya orang muda sekarang ambik keputusan utk kawin muda??? Well pada fikiran aku mestilah utk mengelakkan maksiat.... Zaman sekarang nie byk sgt kes rogol, buang bayi etc.... So, dgn cara kawin nie, Insyaallah dapat mengelakkan dari melakukan sebarang dosa.... Tapi ada masalah jgk nk kawin muda nie.... Mesti susah nk dapatkan restu parents lebih2 lagi yang tengah blaja.... Tapi saya ada baca kat Facebook & ada google jgk la utk penyelesaian kepada masalah nie....

Macam mane nk yakinkan kedua ibu bapa kita utk kawin muda nie.... Nie ada skit ar tips yg dapat dicari....

  • Anda perlulah memilikki akhlak dan sasiah rupa diri yang baik dan elok. Bukan hanya di buat-buat atau berlakon. Tunjukkan rasa hormat anda kepada ibubapa anda dan ibubapa pasangan anda.
  • Pamerkan sifat anda yang matang terutama ketika berbicara. Berani untuk berfikir dan membuat keputusan sendiri yang baik demi kepentingan bersama. Bukan hanya memikirkan diri anda seorang sahaja.
  • Sangat-sangat penting untuk anda menjaga amal ibadah anda. Pastikan solat cukup, rajin membaca Al-Quran dan berperlakuan tenang dalam apa juga situasi.
  • Matlamat anda ingin berkahwin bukanlah semata-mata kerana nafsu tetapi untuk mencari keredhaan Allah dan ingin mendekatkan diri anda lagi dengan Allah SWT.
  • Mempunyai simpanan dan pendapatan yang mencukupi. Jika anda masih belajar, anda boleh mulakan berniaga kecil-kecilan. Ataupun anda boleh bekerja secara part-time beberapa jam sehari atau di hujung minggu. Tapi pastikan ianya tidak menganggu prestasi pelajaran anda!
  • Jika anda berdua masih belajar, pastikan anda letakkan pelajaran di tangga Nombor 1. Janjikan perkara ini kepada kedua ibubapa anda. Setelah anda tamat belajar, barulah anda letakkkan rumahtangga anda di Nombor 1. InsyaAllah, jika pasangan anda seorang yang benar-benar memahami anda, pasti tiada masalah. Sama-samalah berusaha dan tahu tenggungjawab masing-masing.
  • Tanggungjawab sebagai suami-isteri perlu juga untuk anda tidak abaikan. Taat kepada suami dan berilah nafkah secukupnya kepada isteri anda.
  • Nyatakan secara spesifik kepada ibubapa anda dari mana sumber kewangan anda untuk menampung kos sara-hidup ketika anda sudah berkahwin kelak.
  • Bawalah pasangan anda ke rumah anda untuk makan malam bersama dan kenalkanlah dia kepada mereka.
  • Akhir sekali berbincang lah dengan lemah-lembut dengan ibubapa anda untuk menyatakan perancangan anda untuk berkahwin. Jangan sesekali anda nyatakan dalam nada yang mendesak. Berurusan dengan orang yang lebih tua ni perlulah secara lemah-lembut dan perlahan-lahan. Mereka amat mudah terasa dan sensitif.
*dicopy daripada http://kursusperkahwinan.com

Bila dah dapat pujuk tue seronoklah hati.... Alhamdulillah..... (jgn lompat2 plak depan mak ayah)..... Sape xnk kawin kn? Hidup dengan pasangan secara halal.... Mesti best (terbayang-bayang dah nie).... 



Tue jela utk hari ini... Insyaallah akan ada lagi pengisian ilmu yg lain pada masa akan datang... Bye :)

Story of Full House

Dah habis pengajian di Unisel kn?? Sedihnya kena tgglkan FULL HOUSE (sbnrnye diorg yg tgglkn saya)..... Sape FULL HOUSE nie?? Apa kena-mengena diorg dlm hidup Farhana Moktar??? 


Well, diorg la yang sama2 berjuang dgn saya sepanjang pengajian di Unisel tercinta..... Diorg yg byk tlong waktu susah & senang.... Pada mulanya FULL HOUSE cuma ada 6 orang tapi dengan kuasa ALLAH S.W.T, DIA telah menemukan kami dengan lagi 3 orang insan.... Meh kita tgk sape FULL HOUSE....

~ with  Fanizah

~ with Adhwa'

~ with Asrinah

~ with Atikah

~ with Azimah

Baru 5 org (termasuk si penulis).... Mane lagi 3?? Let see.....

~ with Rabiatul Adawiyah

~ kita xde gambar ngan awak Jannah
~ with Iema

Thank you sbb sudi terima Farhana Moktar sebagai sahabat kalian semua...... Harap selepas nie hidup korang akan lebih bahagia & berjaya..... Saya doakan semoga korang menjadi anak & isteri solehah, pekerja yg baik & ibu mithali..... Lakukan yg terbaik utk kalian semua.... Insyaallah konvo nnt kita jumpa lagi....  Doakan kejayaan saya jugak ok!! I love all of you :)

Monday, 9 April 2012

Sweetheart


Sedamai taman firdausi 
Limpahan kasih sayang sejati 
Seharum semerbak kasturi 
Mengharumi hidup insani 

Indahnya damainya 
Keluarga yang bahagia 
Itulah idaman impian setiap insan 
Yang dahagakan belaian 
Serta kasih dan sayang 

Ketika insan lain berbahagia 
Bersama keluarga 
Namun kita masih meniti 
Titian rapuh perhubungan 

Mengapa kita terpisah daripada rahmat-Nya 
Mungkinkah kita seringkali melupakan-Nya 

Ayuhlah bina semula 
Keluarga diredhai Alloh 

Oh ayah oh ibu dengarlah rintihan 
Dan luahan hatiku yang dahaga kasih 
Jiwaku terasa terseksa ketandusan kasihmu 
Marilah kita bina bersama-sama 
Keluarga bahagia


My beloved Family

My king & queen

My hero & heroin

Sunday, 8 April 2012

Ta'aruf

Bismillahhirrahmannirahim....
Assalamualaikum....
Hai...
Kenal x??? Hahaha....

^_^

My name (in IC) Farhana Binti Mohamed Moktar. Apa maksud "FARHANA"?? Maksudnya ialah "kegembiraan".... Gembirakah aku??? Of course I'm happy..... :) Nama nie famous tau,siap ada lagu lagi.... Tapi saya xminat lagu tue..... Hehehe....

 I am a daughter, a sister, a friend and soon-to-be a wife (xtau bila).... I was born on 26 September 1989 at my grandmother's house.... I was a student at University Selangor and will be graduate next year... Insyaallah...


Nie BLOG baru saya..... Why?? Mane blog lama?? Well, maybe akan ditutup xlama lagi.... We will see..... Saya akan edit semula semua isi kandungan dalam blog nie..... Why??? I want to begin this new October with new "me" :)

Apa yg nak di"renew" ye??  Banyak benda yg perlu diperbaiki & diperbaharui....dari segi etika, pakaian & macam-macam la.... Jadi saya nk tukarkan blog ini menjadi simply shj tapi full of "something"....

Well, this is only the introduction.... More is coming..... TQ

~THE END~