Kenapa agaknya orang muda sekarang ambik keputusan utk kawin muda??? Well pada fikiran aku mestilah utk mengelakkan maksiat.... Zaman sekarang nie byk sgt kes rogol, buang bayi etc.... So, dgn cara kawin nie, Insyaallah dapat mengelakkan dari melakukan sebarang dosa.... Tapi ada masalah jgk nk kawin muda nie.... Mesti susah nk dapatkan restu parents lebih2 lagi yang tengah blaja.... Tapi saya ada baca kat Facebook & ada google jgk la utk penyelesaian kepada masalah nie....
Macam mane nk yakinkan kedua ibu bapa kita utk kawin muda nie.... Nie ada skit ar tips yg dapat dicari....
- Anda perlulah memilikki akhlak dan sasiah rupa diri yang baik dan elok. Bukan hanya di buat-buat atau berlakon. Tunjukkan rasa hormat anda kepada ibubapa anda dan ibubapa pasangan anda.
- Pamerkan sifat anda yang matang terutama ketika berbicara. Berani untuk berfikir dan membuat keputusan sendiri yang baik demi kepentingan bersama. Bukan hanya memikirkan diri anda seorang sahaja.
- Sangat-sangat penting untuk anda menjaga amal ibadah anda. Pastikan solat cukup, rajin membaca Al-Quran dan berperlakuan tenang dalam apa juga situasi.
- Matlamat anda ingin berkahwin bukanlah semata-mata kerana nafsu tetapi untuk mencari keredhaan Allah dan ingin mendekatkan diri anda lagi dengan Allah SWT.
- Mempunyai simpanan dan pendapatan yang mencukupi. Jika anda masih belajar, anda boleh mulakan berniaga kecil-kecilan. Ataupun anda boleh bekerja secara part-time beberapa jam sehari atau di hujung minggu. Tapi pastikan ianya tidak menganggu prestasi pelajaran anda!
- Jika anda berdua masih belajar, pastikan anda letakkan pelajaran di tangga Nombor 1. Janjikan perkara ini kepada kedua ibubapa anda. Setelah anda tamat belajar, barulah anda letakkkan rumahtangga anda di Nombor 1. InsyaAllah, jika pasangan anda seorang yang benar-benar memahami anda, pasti tiada masalah. Sama-samalah berusaha dan tahu tenggungjawab masing-masing.
- Tanggungjawab sebagai suami-isteri perlu juga untuk anda tidak abaikan. Taat kepada suami dan berilah nafkah secukupnya kepada isteri anda.
- Nyatakan secara spesifik kepada ibubapa anda dari mana sumber kewangan anda untuk menampung kos sara-hidup ketika anda sudah berkahwin kelak.
- Bawalah pasangan anda ke rumah anda untuk makan malam bersama dan kenalkanlah dia kepada mereka.
- Akhir sekali berbincang lah dengan lemah-lembut dengan ibubapa anda untuk menyatakan perancangan anda untuk berkahwin. Jangan sesekali anda nyatakan dalam nada yang mendesak. Berurusan dengan orang yang lebih tua ni perlulah secara lemah-lembut dan perlahan-lahan. Mereka amat mudah terasa dan sensitif.
*dicopy daripada http://kursusperkahwinan.com
Bila dah dapat pujuk tue seronoklah hati.... Alhamdulillah..... (jgn lompat2 plak depan mak ayah)..... Sape xnk kawin kn? Hidup dengan pasangan secara halal.... Mesti best (terbayang-bayang dah nie)....
Tue jela utk hari ini... Insyaallah akan ada lagi pengisian ilmu yg lain pada masa akan datang... Bye :)


No comments:
Post a Comment