Sunday, 29 April 2012

Buatmu Kekasih Hatiku


Sebagai insan biasa yg hanya merancang & menyerahkan takdir hidupku kpd Yang Maha Esa....Sebagai insan, aku merancang setiap langkah hidupku & mencoret setiap cerita hidupku supaya akan datang aku tidak akan tersasar lagi......Sebagai insan, aku cuma mampu berdoa & bertawakal setelah bergunung-gunung usaha telah aku curahkan.....Sebagai insan, aku tidak pernah lari dengan 1001 perasaan yg bercampur-baur......Bagaimanapun, aku tetap insan yg kerdil pada mata Penciptaku & aku mengangkat tangan kesyukuran agar urusan hidupku dipermudahkan.....

Kerna aku yakin dengan janji ALLAH S.W.T....."kunfayakun"..... Jika ALLAH kata jadi maka jadilah.... Ku pegang ayat ini sebagai penguat semangatku sekarang..... Aku hidup dalam ketakutan & kesedihan..... Peristiwa yang terjadi padaku ku jadikan pedoman & tidak akan lagi aku mudah percaya pada kaum ADAM.... Bukan kerana truma tapi keperitan yang aku tanggung hanya DIA yang tahu....

Wahai kekasih hatiku....Percayalah bahawa sehingga kini aku masih cuba untuk membina kepercayaan dalam diriku....Aku masih membina kenyakinan selepas keruntuhan kepercayaanku terhadap kaummu....1000 kepercayaan yang kau berikan kepadaku akan cuba aku hargainya.....Hati ini telah kukunci untuk insan lain....Walau sejuta halangan & beribu cubaan, kau tetap sabar & tabah berada disampingku....Tetapi hatiku yakin dengan hubungan yang kita bina selama ini....Telah ku fikir jauh tentang hubungan ini walaupun kekadang kau melarang....Tapi aku tetap percaya pada janji ALLAH & ketentuanNya padaku...

Ya Allah, aku memohon agar Kau berkati & restui hubungan kami...Wahai ibubapaku, kalian restuilah hubungan anak-anakmu ini...Duhai keksaih hatiku, terima kasih kerana menyanyangi diriku...

No comments:

Post a Comment