Saturday, 15 March 2014

IMPIAN 2014


Dah bulan Mac 2014 baru nk update pasal impian 2014 nie kn... Hehehe... Biar lambat asalkan selamat... Nak menaip2 nie pun kena tunggu waktu rajin yang 200% dari biasa..... Hehehe....like today.... After kemas2,keluar beli barang (untuk breakfast esk) & main masak2 kat dapur,take about 10minit nk taip pasal nie.... Hehehehe :)


1) KERETA
InShaAllah akan dapat kereta baru dalam waktu terdekat nie.... Selepas kemalangan tahun lepas,sekarang baru boleh beli car yang baru. Alhamdulillah,untuk kemudahan ahli keluarga bersama. Senang kalu sakit malam2 ke,ada emergency ke. Xpayah nk call orang memalam,mintak tolong la apa la.... Hehehe

Merah tueeee <3

2) PEKERJAAN HALAL
Alhamdulillah dah tercapai yang nie,tapi kena carik yang lagi baik laaaaa pasni. InShaAllah ada rezeki di mana2.... Bumi ALLAH nie luar,ALLAH dh tetapkan rezeki setiap orang. Sebab tue aku xpenah nk berharap dapat keje yang gaji beso ke apa.... Janji ada kerja untuk aku & aku akan berusaha dari bawah untuk naik ke atas...... :)




3) ONE STEP CLOSER
Mesti yang baca nie akan muntah hijo tengok impian aku yang nie. Well,sume orang ada niat ke arah nie. Aku tulis je impian camni. InShaAllah akan dimudahkn oleh-Nya kalu berusaha.... Hehehe...




4) SAVINGS
Aik.....nie pun ada ke? Harus la beb...Untuk masa depan yang lebih cerah & terang benderang cam lampu di ICT tue... Hehehe :) Alhamdulillah dah mula sikit2 dari bulan Janu... W/pun xbanyak tapi boleh la... Bak kata mereka2 di luar sana,sikit2 lama2 jadi bukit.... Setinggi mane bukit tue,InShaAllah tinggi nnt... Hehehe :)






5) BERCUTI
Target tahun nie nak pegi Sabah. Tapi jadi trauma pulak pasal pesawat hilang tue. Bukan nk benda tue terjadi tapi takut jgk la. Nak pegi sana sebab nak tengok kawan kawin,nak jln2 kesana,nak tengok gunung Kinabalu & yang paling penting sebab tak penah sampai sana.... Hehehe :)




6) NAK BUKAK BISNES
Nie dalam perancangan jugak sebab xde idea yang ckup bernas lagi. Semua nak buat tapi xde satu yang tetap lagi. Still mengumpul modal & berusaha mencari pembekal yang mudah & berkualiti. Doa2kan ye.... :)


----> Macam tue la impian 2014 aku... Kepada yang ada impian tue kite berusah untuk mencapai impian kite sendiri. Kepada yang memerli & memandang pelik dengan impian aku,ada aku kesah? Nie apa yang aku harapkan untuk tahun ini. & aku xsusahkn korang pun... Weekkkkk :P

SEKIAN.TAMAT.THE END

Friday, 14 March 2014

Hilang nikmat makan

Wah....dah lama rasa ye xupdate blog nie.... Al-maklumlah xde apa nk share sgt ngan kekwn sume.... 

Nmpk xtajuk entry tue? Cam gempak kn..... Nie la yg saya alami skrg.... Ulser mulut..... Ya Allah,sakit ye rasa.... Nk makan susah,minum susah.... Kunyah slow2 cam siput.... Hilang sungguh nikmat mkn aku kali nie.... So entry nie nk story sikit la psl punca & cara nk mengubati ulser nie...


APA ITU ULSER MULUT?
Ulser mulut merupakan tindak balas terhadap jangkitan bakteria,virus @ fugus. Ulser boleh dialami oleh sesiapa sahaja tanpa mengira usia @ jantina seseorang. 

PUNCA-PUNCA ULSER MULUT.
1. Diakibatkan oleh kecederaan fizikal seperti tergigit bibir @ lidah dan sebagainya. 
2. Kekurangan zat dalam badan.
3. Imuniti badan kurang
4. Kurang rehat @ tidur
5. Tekanan.

RAWATAN ULSER.
1. Banyak minum air suam
2. Berehat & tidur yang cukup
3. Mengambil makanan yang seimbang & sihat
4. Berkumur dengan air garam
5. Jumpa doktor

Sakit tue anugerah & ujian dari ALLAH S.W.T..... Sabar & bersyukur kerana ini tanda ALLAH sayang kita.

Tuesday, 5 November 2013

1001 Falsafah Yang Perlu Diungkap Pada Sekuntum Bunga

Sejambak bunga mawar bukan sekadar utk menyampaikan mesej 'Aku cinta padamu' @ sejambak carnation yg memberi erti 'Semoga cepat sembuh'. Bahkan setiap bunga sebenarnya mewakili makna tersendiri. Sebab itulah dikatakan bunga mampu menjadi wakil tanpa bicara yg berkuasa merungkap 1001 falsafah @ rahsia yg cuba disampaikanoleh pengirimnya. Ramai yg mengaku mereka hanya tahu erti sekuntum ros merah shj. Bunga ros adalah antara bunga yang paling diminati oleh orang ramai terutama perempuan. Ia mampu melahirkan pelbagai jenis bahasa cinta. Kalau nak pujuk perempuan,beli la bunga ros. Tetapi setiap bunga ada maksud & falsafahnya yang tersendiri.


FALSAFAH KUNTUMAN BUNGA

Ros putih : cinta sejati & kekuasaan

Bunga carnation : mampu membantu mengelakkan perasaan sedih

Bunga camelia : dapat memanggil semangat cinta & kebahagiaan yg berkekalan selamanya

Bunga kekwa : melambangkan kekuasaan sebuah perasaan cinta

Bunga daisi : mampu meningkatkan daya intuisi seseorg utk meramalkan sesuatu perkara

Bunga iris : seseorang itu yakin dengan perasaan yg dialaminya sekarang

Bunga jasmin : mendorong ke arah percintaan & kekayaan

Bunga orkid : memberikan semangat berkobar2 utk menjalani hidup

Ros merah : mengungkap pelbagai perasaan cinta

Bunga matahari : inginkan dirinya diberikan perhatian & kehormatan spt yg sepatutnya

Bunga tulip : membawa rasa cinta & tuah

Bunga ivy : membawa kepercayaan & kehormatan pada diri seseorang

Bunga violet : meningkatkan daya imaginasi seseorang


KOD WARNA BUNGA

Merah : perasaan berkobar-kobar dlm sesuatu perkara
Ungu : semangat yang diperlukan utk melakukan sesuatu
Kuning : peluang yg bakal hidup dlm diri seseorang
Putih : semangat mementingkan kebenaran
Merah jambu : seseorang yg cuba mendekati dirimu


MAKSUD TERSIRAT

Cuba kumpulkan beberapa orang teman baik. Ambil beberapa jenis bunga segar & letakkan ke dalam sebuah bekas (ambil bunganya shj). Setiap orang pejamkan mata & cuba ambil bunga daripada dalam bekas itu tanpa membuka mata. Haaaa,lepas dah ambil barulah mata boleh dibuka. Perhatikan kelopak bunga itu. Sekiranya :

- Kelopak bunga itu terlerai : ia memberi makna bahawa beberapa keinginan akan diperolehi tidak lama lagi
- Bunga itu tetap cantik : tuah akan mendatangi anda tidak lama lagi.
- Bunga itu rosak : anda mungkin bakal menghadapi cabaran dalam hidup.


                                     




Monday, 28 October 2013

Istiadat Konvokesyen ke-8 2013

Alhamdulillah



Walaupun bukan Kelas Pertama Tapi saya tetap berbangga dengan apa yang saya dapat. Berbaloi dengan usaha selama nie. Master? Insyaallah kalu ada rezeki extra. Salah seorang staff HEP pesan sebaik sahaja kaki melangkah keluar dari dewan supaya sambung lagi belajar ke peringkat yang lebih tinggi. Insyaallah,doakan saya sentiasa.

Terima kasih tak terhingga kepada mak ayah sebab "memaksa" saya sambung belajar. Kalu tak,memang tak merasa la naik stage & pakai robe. Banyak bekorban untuk saya selama ini & membantu dari segi kewangan.

Terima kasih kepada para pensyarah & kakitangan (FOB). Kalian banyak membantu dari segi akademik khususnya. Memberi banyak input & output kepada kami. Kepada HOP merangkap Supervisor untuk Project Paper semester akhir,TQ kerana banyak membantu. Kepada Encik Jumaat selaku Supervisor LI,Terima kasih sebab banyak memberi nasihat & tunjuk ajar kepada saya. 

Terima kasih kepada kakitangan HEP sebab bagi saya peluang untuk berkhidmat kepada Unisel di saat2 akhir saya di sana. Saya akan ingat jasa & kenangan bersama kalian sampai bila2.

Terima kasih juga kepada kawan2 yang disayangi & sentiasa diingati. Kalian banyak membantu & bersabar dengan kerenah saya selama beberapa tahun yang lalu. Hanya ALLAH S.W.T yang dapat membalas segala kebaikan kalian selama ini. Saya sayang kalian semua. Semoga kita berjumpa lagi.


26.10.2013

Families

Saya graduan UNISEL

Makcik with cousin

Mak & ayah

I love both of you
Dipenghujungnya kita bersama

Seorang graduan tua.Seorang graduan muda

Alhamdulillah.Thanks ALLAH :)

Tuesday, 22 October 2013

Akhirnya :)

Istiadat Konvokesyen ke-8 2013 

26.10.2013 - 27.10.2013

Dewan Canselor,Kampus Bestari Jaya 

Universiti Selangor

Fakulti Perniagaan - Bach. of Human Resource Management - Sidang ke-2 - 2pm

RedRobe

Friday, 27 September 2013

Takdir ALLAH

Assalamualaikum readers.... 
Apa khabar?? Hope u all sihat sejahtera... As for me,sentiasa sihat (Alhamdulillah)... 

Well,dah masuk 5 bulan menganggur.... Sedih sangat.... No work,no money... TAKDIR ALLAH..... Finally after eid,me ikut cousin berniaga di pasar malam.... Jual apa?? Jual air,jual makanan.... & diTAKDIRKAN ALLAH jugak dapar berkenalan dengan peniaga2 yang agak berjaya dalam jualan masing2.... Macam2 input yang dapat.....

After a month,dapatlah keje kat butik di Kuantan Parade (Butik Cta Collection).. So kena start keje on 16 Sept 2013.... Boleh la kan daripada xde.... Mintak keje kerani pun xdapat.... Hehe.... TAKDIR ALLAH... Malam tue nak balik keje berlaku la satu kejadian yang memang me tak jangka2.... Tak pernah terlintas difikiran yang benda tue akan terjadi kat diri sendiri....


Kejadian 16 Sept 2013

Kereta di balai polis

ALLAH saje yang tahu perasaan me masa tue... Nasib baik ramai yang datang membantu.... TAKDIR ALLAH.... Alhamdulillah,me xde apa2 yang teruk.... Kereta je yang hancur belakang..... TAKDIR ALLAH jugak my mom soh berhenti keje.... No more working at night.... So sad... Baru nak merasa keje lepas beberapa lama tanam anggur.... 

TAKDIR ALLAH jugak me kembali  kepada kehidupan asal.... Carik keje,jaga anak orang & so onnn.... 

Tak apa la... JANJI ALLAH itu pasti.... REZEKI ada di mana2... INSYAALLAH ada rezeki,ada la kerja utk me kn.... 


Masih boleh tersenyum

Tuesday, 23 July 2013

Fesyen Hari Raya

Assalamualaikum blogger & reader sekelian.... How are you?? Amacam persiapan raye?? Hehehe... Mesti orang cakap saya nie beria-ria nk raya kn... Puasa pun xhabis lagi kn.... Insyaallah tepat jam 12am pada 24/7/2013 masuklah ke Ramadhan ke-15.... Hari nie saya nak share story pasal fesyen2 raya yg ada kat Malaysia nie.... 

Nie baju kurung.... Ramai lagi yang pakai baju kurung nie... Selesa & sedap dipakai.... hehehe

Nie kira fesyen yg latest jugak la.... Peplum ala Saloma dgn kain duyung.... Cantik sangat dipakai....

Nie jubah.... Ada pelbagai jenis & fesyen.... 

Nie pulak kebaya... Cantik dipakai dengan kain batik atau kain duyung....

Semua orang ada citarasa tersendri untuk hari raya.... Bagi saya,saya suka pakai baju kurung @ jubah.... & for this year,saya memilih untuk pakai jubah..... Lalalala..... Apa pun pilihan anda,pilihlah pakaian yang menutup aurat.... Elok2 kita kumpul pahala masa bulan puasa,tetiba masa raya dah dapat dosa.... Puncanya mudah aje... Pakaian yang menjolok2 mata orang lain.... Huhu.... Jadi,pilihlah pakaian yg betul.... Hehehe....

Hadis daripada Abu Hurairah r.a. bahawa Rasulullah s.a.w bersabda yang bermaksud: “Ada dua golongan yang akan menjadi penghuni neraka. Aku belum pernah melihat mereka iaitu golongan yang mempunyai cemeti-cemeti bagaikan ekor lembu yang digunakan untuk memukul orang dan golongan kedua adalah para wanita yang berpakaian tetapi telanjang, berlenggang-lenggok ketika berjalan, menarik perhatian orang yang melihat mereka. Kepala mereka bagaikan bonggol unta yang senget. Mereka tidak akan masuk syurga dan tidak dapat mencium bau wanginya. Sesungguhnya bau wangi syurga boleh terhidu dari jarak perjalanan yang sangat jauh.”