Alhamdulillah
Walaupun bukan Kelas Pertama Tapi saya tetap berbangga dengan apa yang saya dapat. Berbaloi dengan usaha selama nie. Master? Insyaallah kalu ada rezeki extra. Salah seorang staff HEP pesan sebaik sahaja kaki melangkah keluar dari dewan supaya sambung lagi belajar ke peringkat yang lebih tinggi. Insyaallah,doakan saya sentiasa.
Terima kasih tak terhingga kepada mak ayah sebab "memaksa" saya sambung belajar. Kalu tak,memang tak merasa la naik stage & pakai robe. Banyak bekorban untuk saya selama ini & membantu dari segi kewangan.
Terima kasih kepada para pensyarah & kakitangan (FOB). Kalian banyak membantu dari segi akademik khususnya. Memberi banyak input & output kepada kami. Kepada HOP merangkap Supervisor untuk Project Paper semester akhir,TQ kerana banyak membantu. Kepada Encik Jumaat selaku Supervisor LI,Terima kasih sebab banyak memberi nasihat & tunjuk ajar kepada saya.
Terima kasih kepada kakitangan HEP sebab bagi saya peluang untuk berkhidmat kepada Unisel di saat2 akhir saya di sana. Saya akan ingat jasa & kenangan bersama kalian sampai bila2.
Terima kasih juga kepada kawan2 yang disayangi & sentiasa diingati. Kalian banyak membantu & bersabar dengan kerenah saya selama beberapa tahun yang lalu. Hanya ALLAH S.W.T yang dapat membalas segala kebaikan kalian selama ini. Saya sayang kalian semua. Semoga kita berjumpa lagi.
 |
| 26.10.2013 |
 |
| Families |
 |
| Saya graduan UNISEL |
 |
| Makcik with cousin |
 |
| Mak & ayah |
 |
| I love both of you |
 |
| Dipenghujungnya kita bersama |
 |
| Seorang graduan tua.Seorang graduan muda |
Alhamdulillah.Thanks ALLAH :)
No comments:
Post a Comment