Saturday, 5 January 2013

7 langkah bijak berbelanja


#1: Berbelanja Secara Tunai Sahaja! (Go Cash-Only)
Amalan yang terbaik ketika hendak berbelanja adalah dengan menjauhi kad kredit. Anda tidak akan terlebih berbelanja sekiranya anda tidak membawa bersama kad kredit semasa membeli-belah. Tinggalkan sahaja ia di rumah dan jangan sekali-kali membawanya bersama di dalam beg duit ataupun beg tangan. Jika ia bersama anda, kebarangkalian anda untuk swipe adalah tinggi! Faktor anda tidak nampak duit anda keluar ketika membayar inilah yang seringkali menyebabkan anda terlebih dalam berbelanja tanpa anda sedari.
#2: Tetapkan Matlamat Jangka Panjang! (Set Long-term Goals)
Jika anda inginkan kebebasan kewangan dalam jangka masa yang panjang, tetapkanlah satu matlamat di mana anda akan selalu diingatkan untuk tidak berbelanja sesuka hati demi mengejar impian tersebut. Sebagai contoh, anda ingin bebas kewangan dalam masa 5 tahun sahaja lagi, tuliskan matlamat tersebut di atas kertas dan tetapkan satu tarikh berserta jumlah simpanan yang anda inginkan. Letakkan matlamat tersebut di tempat yang anda mudah nampak seperti cermin, peti ais, meja pejabat dan sebagainya. Matlamat ini akan menjadi pengawal kepada tingkah laku anda untuk berbelanja. Baca matlamat ini setiap hari.
#3: Bezakan Antara Keperluan Dan Kehendak! (Distinguish Between Needs and Wants)
Adakah beg tangan atau kasut baru menjadi tarikan kepada anda semata-mata atau anda betul-betul memerlukannya? Sebelum anda membuat sebarang keputusan untuk memiliki beg tangan atau kasut baru tersebut, lebih baik anda berfikir seketika. Jika ia adalah keperluan dan berada dalam lingkungan bajet anda, teruskan untuk membuat pembelian. Jika ia hanyalah kehendak anda, fikirkanlah kesan selepas anda membuat pembeliannya. Adakah anda gembira jika dapat memilikinya ataupun anda sekadar ingin penuhkan wardrob. Atau adakah anda betul-betul mampu untuk memilikinya? Sekiranya masih ada lagi keperluan lain yang perlu dipenuhi, pertimbangkanlah untuk memiliki beg tangan ataupun kasut baru itu tadi. Perkara paling utama dalam berbelanja adalah anda perlu jujur kepada diri sendiri dan berani untuk mengatakan tidak kepada perkara-perkara yang tidak mendesak anda untuk memilikinya buat masa sekarang.
#4: Berbelanjalah Dengan Senarai Perkara Yang Diperlukan! (Shop with a List)
Perkara yang paling mudah dan selalunya diabaikan ketika ke luar berbelanja adalah dengan menulis senarai barangan yang diperlukan. Bila kita tidak mempunyai senarai barangan yang diperlukan, daripada ingin membeli satu barang sahaja maka tanpa disedari kita sudah terlebih berbelanja. Mula-mula nak beli lampin anak, jalan selangkah ada tawaran syampu, promosi kopi, tudung murah dan sebagainya. Akhirnya daripada membeli lampin sahaja, beg plastik yang ringan menjadi berat. Tetapkan apa barangan yang perlu dibeli sahaja, jika anda tergoda untuk membeli selain daripada senarai, masukkan barangan tersebut dalam senarai pembelian yang akan datang.
#5: Berikan Peruntukan Untuk Diri Anda Sendiri! (Give Yourself an Allowance)
Memang tidak dapat dinafikan sama sekali sifat setiap individu inginkan sesuatu yang baru selepas penat lelah bekerja selama sebulan. Lihat kembali kepada bajet anda, fikirkanlah berapa banyakkah yang mampu anda gunakan untuk tujuan tersebut. Sebagai contoh anda peruntukkan sebanyak RM200 sebulan untuk membeli baju atau menonton wayang dan sebagainya. Berbelanjalah dalam tempoh sebulan tersebut dengan peruntukan tadi. Bilamana peruntukkan tersebut habis, berhentilah berbelanja! Tiada pengecualian dalam kes ini. Anda tidak dibenarkan sama sekali untuk berbelanja lebih daripada yang diperuntukkan.
#6: Carilah Teman Untuk Keluar Berbelanja! (Find a Shopping Buddy)
Jika anda seorang yang cepat dan mudah tertawan dengan promosi daripada jurujual, anda dinasihatkan untuk mencari seorang teman samada daripada rakan-rakan ataupun keluarga yang mampu untuk berkata tidak kepada sebarang tawaran yang di luar kawalan anda. Anda hanya dibolehkan ke luar berbelanja dengan syarat membawa mereka bersama, jika tidak jangan sekali-kali memberanikan diri keluar keseorangan, bimbang anda akan terjebak dengan kes terlebih berbelanja.
#7: Meninjau Terlebih Dahulu Pilihan Anda! (Survey Your Selections)
Perkara yang terbaik sebelum anda membuat senarai barangan untuk berbelanja adalah dengan meninjau terlebih dahulu harganya. Dengan adanya teknologi internet, anda bolehlah menyemak senarai harga di laman web yang berkenaan dan membuat perbandingan harga. Buat ulangkaji harga terlebih dahulu sehingga anda betul-betul yakin dan mendapat harga yang terbaik.

Monday, 31 December 2012

10 Sifat Calon Suami Yang Baik


  • Kuat amalan agamanya. Menjaga solat fardhu, kerap berjemaah dan solat pada awal waktu. Auratnya juga sentiasa dipelihara dan memakai pakaian yang sopan. Sifat ini boleh dilihat terutama sewaktu bersukan.
  • Akhlaknya baik, iaitu seorang yang nampak tegas, tetapi sebenarnya seorang yang lembut dan mudah bertolak ansur.
  • Pertuturannya juga mesti sopan, melambangkan peribadi dan hatinya yang mulia.
  • Tegas mempertahankan maruahnya. Tidak berkunjung ke tempat-tempat yang boleh menjatuhkan kredibilitinya.
  • Amanah, tidak mengabaikan tugas yang diberikan dan tidak menyalahgunakan kuasa dan kedudukan.
  • Tidak boros, tetapi tidak kedekut. Tahu membelanjakan wang dengan bijaksana.
  • Menjaga mata dengan tidak melihat perempuan lain yang lalu lalang ketika sedang bercakap-cakap.
  • Pergaulan yang terbatas, tidak mengamalkan cara hidup bebas walaupun dia tahu dirinya mampu berbuat demikian.
  • Bertanggungjawab. Lihatlah dia dengan keluarga dan ibu bapanya.
  • Wajah yang tenang, tidak kira semasa bercakap atau membuat kerja atau masa kecemasan.
Suami soleh :)

Friday, 2 November 2012

Aku Pembantu Kedai?

Apa hal tajuk macam nie? Pembantu kedai? Sape? Kenapa? Haaaaaaaaaaa, nie adalah kisah aku sebagai pembantu kedai...

Bermula daripada 15 Oktober sehingga 31 Oktober 2012, aku keje kat sebuah kedai runcit a.k.a kedai borong. Nama kedai tue New Choo Huat (kot la)... Tauke dia cina so adatla kn keje dgn cina... Cuti raya kita (melayu & Islam) sehari aje... Keje kena efficient, cekap, tangkas & rajin (aku disukai bos)

Rutin aku : 1) sampai aje terus menyapu. 2) susun air dlm peti. 3) beli kopi utk tauke. 4) susun barang. 
5) kira stok barang

Paling memenatkan : bila stok sampai.. Aduhhhhh berkilo-kilo aku kena susun... Naik patah bahu, pinggang aku nie... Aku kena check, susun & simpan semua barang-barang tue....

Ada jugak yg pandang serong pada aku... Yela, graduan lepasan ijazah tapi keje kedai je. Dah la tue kedai runcit plak tue... Aku boleh cakap *janji aku tak susahkan korfang nk bg duit kat aku... *at least aku tak buang masa kat umah.... 

& akhirnya aku berhenti.. Knp? Sebab aku dapat offer lain & yg terbaiknya hari isnin nie aku terus kerja... Alhamdulillah... Berkat aku sabar & jadi pembantu kedai akhirnya ada hasilnya.. 

taken from google... Kedai tue bkn mcm nie pun... hehehe
*TQ mak ayah & adik2 kerana menyokong kaklong... & yang tak menyokong, boleh bla... U r not helping

Friday, 26 October 2012

The Meaning of Sacrifice




When ALLAH SWT commanded him to sacrifice his son as an act of obedience, Prophet Ibrahim a.s. submitted to ALLAH SWT's will & prepared to do as commanded, though with a heavy heart. His obedience was rewarded by ALLAH SWT, who stopped Prophet Ibrahim a.s. before any harm could come to his son Ismail (Prophet Ismail a.s.) providing him with a sheep to sacrifice instead. Hari Raya Aidiladha or Eid al-Adha, commemorates that sacrifice. It is celebrated by Muslims around the world in honour of the readiness of Prophet Ibrahim a.s. to do as ALLAH SWT willed of him. In Malaysia, it is celebrated on the 11th to 13th day of Zulhijjah.



environment at village

Thursday, 11 October 2012

Rahsia perangai anak :)


Assalamualaikum..... Hai teman-teman.... Apa post kali nie?? Saya nk share pasal perangai anak-anak.... Let's read together :) Betul tak betul tue kena muhasabah diri sendiri ye..
Anak Sulung
Anak sulung merupakan cahaya mata pertama di dalam keluarga dan menjadi tumpuan kasih sayang dan perhatian ibu bapa. sehinggalah kedatangan adik baru. Namun apabila mereka meningkat remaja, mereka lebih pandai membawa diri masing-masing dan sanggup berkorban demi demi adik-adik.

Ciri-ciri yang ada pada mereka ialah :
  • anak sulung dikaitkan dengan sikap pelindung, suka bertolak ansur, serta ego.
  • sering berjaya dalam hidup.
  • lebih pandai mengambil hati orang tua.
  • mempunyai nilai tanggung jawab yang tinggi.
Anak Tengah
Biasanya anak tengah lebih pelik sedikit dari anak-anak yang lain. Mereka lebih gemar berdikari dan membuat hal sendiri. ini kerana mereka adalah antara yang paling kurang ‘favourite’ di kalangan adik-beradik yang lain. Seringkali mereka juga teras terpinggir. Dalam banyak hal mereka merasakan diri mereka dipaksa untuk mengalah kepada si sulung atau si bongsu. Sebab itu di kalangan mereka juga kadangkala mudah dilanda tekanan. Oleh itu, anak tengah juga cuba untuk melakukan yang terbaik bagi diri mereka tanpa mengharapkan bantuan orang lain.
Ciri-ciri yang ada pada mereka ialah :
  • lebih berdikari berbanding dengan si sulung atau adik beradik yang lain.
  • lebih percaya dengan keyakinan sendiri.
  • suka mencuri perhatian dengan cara tersendiri.
  • sering merasakan diri mereka terpinggir.
  • terlalu mengalah
Anak Bongsu
Mendengar ungkapan anak bongsu saja cukup memadai untuk membuat tafsiran bagaimanakah sikap anak bongsu. Mereka sering digambarkan sebagai seorang yang manja dan besar kepala dan mahukan orang lain mengikut kehendak mereka sahaja. Mereka perlukan orang lain untuk melakukan apa saja dalam hidup. Sering dikatakan mereka kurang berjaya dalam hidup memandangkan sikap ketidakpercaya ibu bapa terhadap mereka. Biarpun mereka berjaya namun sikap ibu bapa sendiri membuatkan hidup mereka terbatas. Mungkin ibu bapa sentiasa berasakan anak bongsu memerlukan perlindungan mereka buat selama-lamanya.
Ciri-ciri yang ada pada mereka ialah :
  • happy go-lucky dan yakin diri.
  • manja.
  • berkeinginan dan bercita-cita tinggi.
  • sukar membuat keputusan sendiri.
Anak Tunggal
Dalam banyak kategori, ramai ingin menjadi anak tunggal. ramai yang beranggapan seronok menjadi anak tunggal memandangkan hanya mereka satu-satunya anak dalam keluarga. Mereka akan menjadi tempat sepenuh tumpuan, perhatian dan curahan kasih sayang ibu bapa. Mereka juga tiada persaingan dari adik-beradik yang lain. Dari sudut hubungan bersama ibu bapa, tidak dinafikan hubungan anak tunggal lebih kukuh dan erat. Mereka saling memerlukan antara satu sama lain, saling menyokong dan menggalakkan.
Ciri-ciri yang ada pada mereka ialah :
  • sering merasakan diri mereka kesunyian.
  • lebih berkeyakinan kerana sudah terbiasa segala yang dihajati tercapai.
  • lebih bijak bergaul.
  • lebih cepat matang.
  • terlalu rapat dengan ibu bapa walau usia makin meningkat.
  • sukar nak bertolak ansur dengan orang lain.
Adik ke-2 & adik bongsu saya

Monday, 8 October 2012

Adakah dia jodohku?

Apakah dia orangnya?




Itulah yg menjadi perbahasan utama kita. Perihal jodoh, watak yg akan menjadi someone special di hati kita selamanya. Dari dunia yg fana ini sehinggalah ke hari Akhirat kelak.

Saya percaya Allah Maha Baik, Dia sayang kpd kita & Dia tidak akan membiarkan umat-Nya bersendirian di muka bumi ini. Akan ada hati yg sedia menemani kita dikala kita kesunyian, membahagiakan kita & menghiburkan kita dikala kita ditimpa kesedihan. Ada yg sanggup menjadi bahu ketika kita gelisah, sedia menjadi raga ketika kita kelelahan. Ada jiwa yg sedia menjadi manusia sempurna & menyempurnakan setiap kelemahan kita. Saya percayakannya & saya yakin anda juga mempercayainya.



Allah menciptakan manusia berpasang-pasangan supaya muncul ketenangan, kesenangan, ketenteraman, kedamaian & kebahagiaan. Kerana itulah yg kita tercari-cari di dunia ini. Harta & kekayaan belum tentu dapat memberikan itu semmua. Semua itu akan terasa kurangnya tanpa pendamping disisi yg akan menjadi belahan jiwa kita.

Islam sgt memahami hakikat bahawa manusia tidak boleh bertahan dalam bersendirian. Dia memerlukan teman yg bisa menjadi suami @ isteri. Dialah manusia yg ditakdirkan untuk memiliki & dimiliki. Bersandar & disandari, saling sayang menyanyangi dan saling mencintai.
Beberapa hadis telah menguatkan pendapat bahawa Rasulullah S.A.W menganjurkan seseorang berkahwin & menghindari hidup membujang. 

"Wahai orang yang beriman, janganlah kamu haramkan apa-apa yang baik yang telah Allah halalkan bagi kamu, dan janganlah kamu melampaui batas. Sesungguhnya Allah tidak menyukai orang yang melampaui batas,"

Dalam ayat di atas, Allah melarang hamba-Nya mengharamkan apa yg sudah dihalalkan-Nya. Berkahwin adalah urusan yg halal. Seorang lelaki muslim boleh mengahwini wanita muslimah. Perbuatan mengharamkan yg halal itu adalah tidak dibenarkan sama sekali. Malah Rasulullah pernah menolak keinginan 'Usman bin Mazh'un utk membujang. Sa'ad bin Abi Waqas berkata, "Rasulullah memolak keinginan 'Usman bin Mazh'un untuk membujang. Sekiranya baginda membolehkannya tentu sahaja kami membujang." (HR Bukhari & Musllim)

Banyak hadis yg disebut mengenai hal perkahwinan. Islam bahkan melarang umat-Nya untuk hidup membujang. Tetapi mengapa sampai sekarang kita tetap ingin membujang?

  1. Ingin selalu bebas - Menurut mereka dgn menikah, hidup menjadi serba terkongkong. Dalam pemikirannya, berkahwin seolah-olah suatu perkara yg akan membuat hidupnya terbatas. 
  2. Ingin mengejar kerjaya - Mereka berharap boleh memenuhi keinginan hidup mereka dgn sejumlah prestasi. Dengan itu, kemuliaan hidup boleh berada dlm genggaman krn jawatan dapat diraih dgn mudah. 
  3. Trauma - Mungkin ada kisah yg tidak ingin diulangi. Mungkin ada perasaan yg ingin dibuang & dilupakan. Kisah yg mengguris hati. 
  4. Dendam - Dendam terhadap bekas kekasih yg pernah menyakiti hati mereka. Ini membuatkan mereka bertekad utk tidak berkahwin dgn mana-mana lelaki pun.
  5. Berasa belum mampu - Biasanya hal ini terjadi krn standard yg diingini selalu pada jumlah yang banyak & ideal. Besar dari segi jumlah utk sebuah rumahtangga yg bahagia.
Sampai disini sahajalah perkongsian kita utk kali ini. Insyaallah akan disambung lagi. Segala isi kandungan blog ini telah dicopy daripada buku "Ya Allah, Diakah Jodohku" karya Burhan Sodiq. Jika ingin lebih informasi, boleh dapatkan buku ini di pasaran. Hehehe :)

Semoga mendapat pasangan yang dapat memimpin sehingga ke syurga


Saturday, 6 October 2012

Tips Awal Sebelum Bertudung Labuh

1) Mulakan dengan memakai stokin kaki & sarung lengan. Biasakan memakai baju yang longgar dan melepasi punggung. Tukarkan penggunaan seluar jeans dengan seluar slack yang longgar.

2) Cari & sertailah kumpulan usrah yang benar. yakni yang diyakini agama naqibah (ketua usrah) nya serta hala tujunya selari dengan syariat. insyaAllah.

3) Perhebatkan langkah menyertai majlis-majlis ilmu seperti kuliah maghrib di Masjid, ceramah-ceramah oleh ustaz/ustazah untuk menambah input dalam diri. InsyaAllah, akan bertemu sahabat-sahabat baru yang baik di majlis-majlis tersebut.

4) Bersungguh-sungguh memperbaiki ibadah-ibadah asas seperti solat, puasa & sebagainya. Boleh rujuk ustaz/ustazah, sahabat2 yang diyakini agama, kitab-kitab fardu ain, ataupun mendengar ceramah-ceramah online (kalau boleh, semua ini seiring).

5) Perbanyakkan membaca al-Quran & mentadabbur (mengkaji) maknanya. Tidak ada gunanya pembacaan al-Quran tanpa memahami isinya. Milikilah tafsir mini sebagai teman karib. :)

6) Apabila hati sudah semakin kuat, yakni semakin sudah yakin dengan pilihan yang dibuat (untuk berhijrah lillahi taala) maka, perlahan-lahanlah mulakan langkah untuk memperbaiki penampilan. Mulalah memakai baju yang menutupi peha (mencecah lutut). Paling popular, T-shirt Muslimah. Namun, hati-hati, seeloknya pastikan ukurannya mencecah lutut kerana T-shirt yang tidak menutupi peha berpotensi untuk menampakkan bentuk peha jika dipakai dengan seluar.

7) Mulakan dengan memakai tudung bidang 50 (melepasi bahu). Pinkan secara lurus. Kalau dipinkan silang ke dada, kelihatan agak singkat. Kebiasaannya muslimah memilih untuk memakai Tudung Turki atau Tudung Mesir.

8) Setelah semakin selesa, mulalah memakai pula tudung Tudung Turki/Mesir/Bawal bidang 60. Tudung jenis ini kebiasaannya labuh mencecah siku & menutupi punggung. Sebenarnya, tudung jenis ini pun sudah memadai untuk menutupi aurat dengan sempurna. Namun, agak renyah sebab penggunaan pin.. ( kalau tudung jahit terus sarung je. lagi mudah kan? ) ^ ^

9) Dalam pada berusaha menjaga penampilan, langkah 1-6 masih dipraktikkan dengan istiqomah (berterusan). Iman ditingkatkan, ibadah diperhebatkan, akhlak dipermantapkan. insyaAllah.

10) Kemudian, setelah bersedia untuk memakai tudung labuh berjahit, bolehlah mulakan dengan berselang-seli dengan Tudung Turki/Mesir bidang 60 sebelum istiqomah dengan tudung labuh berjahit. Serta kurangkan pemakaian seluar serta mengantikannya dengan memakai kain. Memakai t-shirt muslimah dengan kain tidak ada salahnya. Bahkan lebih manis dipandang mata. :) .

♥ MOGA ALLAH REDHA ♥

~Thanks for the tips :)
(copy & paste from http://www.puspitakirana.com/2012/06/tips-awal-sebelum-bertudung-labuh.html)